Sulit
4 tahun
Breathing discomfort and stomach ache
Hello I am a 19yo female. So I have been experiencing breathing discomfort and stomach ache for the last 3 days. At first, I thought it was normal and biarkan je. But then, dia jadi lama pulak. But when I tidur and bangun tidur I rasa okay je tapi after lama-lama dia jadi tak selesa semula. And I also jadi cepat penat. I takde any penyakit before this and my younger brother je yg ada asthma. My stomach ache pun mula mula I fikir normal tapi dia jadi mcm discomfort sangat. I ingatkan perut kembung tapi mcm bila lepas makan rasa macam nak muntah. I susah nak sendawa. Badan I also rasa suam suam bila kena sejuk tapi after I makan panadol dia jadi okay balik. I dah checked my oxygen level for the past 3 days using oxymeter and it is fine(99). I have yet to test myself using the RTK bcs there’s no stock at my nearest pharmacy.
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami tentang kebimbangan anda mengenai masalah sakit perut dan susah bernafas. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman pihak anda, terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami. Antaranya adalah:
- Dispepsia
- Gatroesophagal reflux disease (GERD)
- Chronic appenditictis
- Penyakit keradangan pelvik
Selain itu, ada beberapa hal yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangi masalah ini, antaranya:
- Tinggikan posisi kepala saat tidur
- Kurangkan minuman berkafein, minuman bergas
- Kurangkan makanan pedas
- Bahagikan makanan dalam kuantiti kecil dan banyak kali
- Elakkan makan sebelum tidur
Untuk mengetahui lebih lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan informasi serta penjelasan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.






























