Sulit
3 tahun
Buah pinggang bayi bengkak dari dlm kandungan 27minggu semasa saya membuat detail scan
Baby saya mengalami buah pinggang bengkak sejak dari dalam kandungan lagi. Tapi bila saya rujuk doctor pakar dan doctor nak buat mcug ( pemasangan colour untuk lebih detail ) … Soalan saya adakah pemeriksaan itu bahaya ?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, MCUG ataupun Micturating Cystourethrogram selamat dilakukan. Namun begitu ia mempunyai risiko untuk jangkitan pada saluran kencing, oleh itu doktor akan memberikan antibiotik sebelum dan selepas prosedur untuk mencegah jangkitan.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.