
Sulit
5 tahun
Buah Pinggang Kiri dan Kanan rasa Kecut
Saya Hairi berumur 26 tahun, baru2 ini bertarikh awal bulan 12.2019 terasa mengalami sakit buah pinggang kiri dan kanan terasa kecut sampai saya nak berjalan dan tdur masih terasa tak selesa sb ianya rasa kecut dan tak mau kembang lagi…Punca terjadi disebabkan kekerapan onani doktor…
Jadi apakah ada rawatan ubat untuk kembangkan kembali buah pinggang saya doktor?bahagian mana yg kecut tu doktor bleh terangkan tak?
sya di rumah bnyak minum air…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Hal ini kerana buah pinggang adalah organ dalaman yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar pengecutannya. Sebaiknya anda klarifikasikan lagi bagaimana atau organ mana yang dimaksudkan sebagai kecut atau bagaimana anda tahu buah pinggang anda kecut.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.