
Sulit
4 tahun
Buah pinggang rasa menyucuk
Saya lelaki berumur 19 tahun dan mengalami rasa sakit pinggang yang menyucuk dan berasa sakit untuk tunduk serta terasa sakit apabila rasa terhentak . Apakah puncanya ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menetukan rawatan yang terbaik.
Sakit pinggang boleh disebabkan oleh perkara ini:
- Otot kawasan pinggang yang terseliuh
- Gangguan muskuloskeletal
- Gangguan saluran pencernaan (i.e. appendiks, dll)
- Gangguan organ wanita
- Gangguan ginjal (i.e. batu karang, acute kidney injury , dll.)
- atau gangguan lain yang memerlukan rawatan doktor
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang .
Namun untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.