
Sulit
5 tahun
Buah zakar membengkak kemudian mengecut
Umur saya dalam lingkungan 20an, saya pernah mengalami bengkak pada sebelah kanan buah zakar saya …kemudian saya jumpa doktor dan diberi ubat, katanya saya ada masalah pada saluran sperma …lama kelamaan bengkak menghilang tapi buah zakar saya tak kembali ke bentuk asal sebaliknya mengecut dan sedikit keras …adakah masalah saya boleh di atasi?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, jika anda berasa sakit sila berjumpa doktor dengan kadar segera.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.