
Sulit
3 tahun
Buah zakar saya breads gatal
Hi dc …buah zakar saya berasa gatal sampai luka…disebb kan in saya tidak boleh tido malam…kulit pada buah zakar saya berasa kasar kerana berlakunya kulit mengekah…dan kalau saya sentuh dia akan berasa sakit…kerana disebbkn trdapat bnyk luka…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda mengalami kegatalan pada kemaluan serta luka melecet dan berasa sakit. Kami akan cuba membantu anda.
Masalah kegatalan pada kemaluan boleh berlaku kerana pelbagai sebab, contohnya:
- Radang kulit akibat penggunaan produk pencuci atau penggunaan pakaian dalam dari kain yang tidak sesuai
- Alahan kepada sesetengah bahan
- Jangkitan penyakit kelamin
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta sebarang ujian dan penyelidikan. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.