
Sulit
3 tahun
Buah zakar tidak sama saiz
Saya lelaki berusia 29 tahun dan mengalami masalah buah zakar tidak sama saiz. Apa patut saya buat? Bagaimana jika boleh, saya ingin membuat temu janji dengan doktor di klinik atau hospital kerajaan terdekat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kondisi ini boleh terjadi disebabkan oleh variasi normal kerana saiz zakar untuk setiap lelaki adalah berbeza untuk kedua-dua belah. Untuk mengulas lanjut, pemeriksaan testis perlu untuk dilakukan bagi membezakan antara yang normal atau sebaliknya.
Oleh kerana masalah ini merupakan gejala yang dihadapi sejak kecil dan anda tidak mengalami sebarang gejala yang membimbangkan atau tiada kesakitan yang dirasai, kebarangkalian perkara ini adalah normal mengikut individu. Namun, pembengkakan testis boleh juga disebabkan oleh:
- Testicular torsion
- Inguinal hernia
- Epididymitis
- Orchitis
- Penyakit bawaan seksual
Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.