
Sulit
5 tahun
Buang air besar ada kesan darah
saya lelaki berusia 26 tahun. sejarah pertama mengalami masalah ini pada tahun lepas. puncanya memandu dalam perjalanan yang jauh. pergi klinik, consultation awal dokter cakap kemungkinan hemorid. Kini saya megalami masalah yang sama tapi cuma merasa kesakitan bila membuang air besar dan ada kesan darah keluar. kadang-kadang merasa tidak selesa, ada kesan gatal di bahagian dalam.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala najis berdarah ini boleh disebabkan:
- Hemoroid (buasir) - faktor seperti duduk terlalu lama, selalu meneran ketika buang air
- Penyakit radang usus - seperti penyakit Chron atau kolitis ulser
- Pendarahan ketuat - dari jangkitan virus HPV
- Nanah dan pendarahan dari jangkitan kuman
- Ketumbuhan - jarang dalam kalangan orang muda
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.