
alyayalea18
5 tahun
Buang air besar keluar darah tetapi tidak rasa sakit,harap doktor boleh bantu ya
saya penah mengalami buang air besar then keluar darah sekali je last year but tahun ni dalam 2 kali macam tu tapi lepas buang air besar tu dah tak ada keluar darah pun nak kata buasir saya tak pernah kena buasir yang orang kata ada bonjolan yang sakit tu.kenapa ya doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Pendarahan akibat luka pada dubur biasanya akibat sembelit atau cirit birit yang kerap
Pendarahan dari usus besar akibat masalah seperti radang usus
Rectal ulser
Masalah pendarahan
Kanser usus
Untuk makluman pihak anda, buasir tidak semestinya ada benjolan. Masih ada kemungkinan masalah yang anda alami adalah buasir kerana kebiasaannya, buasir menyebabkan najis berdarah dan ianya tidak sakit.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.