control_macho85
4 tahun
Buang air besar susah selepas pembedahan buasir
Saya telah menjalani pembedahan buasir. Sekarang najis sewakan-akan mengeras di dalam usus besar. Menyebabkan ketidak selesaan dan tidak berapa puas membuang air besar. Seperti ada najib besar terse kat didalam usus. Ubat cuci usus telah di minum, namun masih terasa ada najis keras dalam usus. Apa perlu saya buat? Sy tertekan dan tidak selesa,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, antara punca-punca kesukaran membuang air besar dan najis keras selepas pembedahan adalah disebabkan:
- Kesan pembedahan - seperti ubatan dan banyak lagi yang memerlukan sedikit masa untuk pulih kerana saraf usus kurang sensitif
- Kesakitan - kesakitan selepas pembedahan juga secara tidak langsung boleh menyebabkan kesukaran membuang air besar
- Dehidrasi - kurang minum air atau kehilangan banyak air menyebabkan sembelit walaupun menerima ubat
- Kurang sayuran hijau dalam diet
- Kesan ubat seperti ubat tahan sakit
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.