
Sulit
5 tahun
Buang air tapi rasa sakit di bahagian alat sulit
beberapa hari lepas saya buang air tapi saya merasakan sakit di bahagian alat sulit saya. kuantiti urine saya jugak kurang dari yang biasa. saya jugak merasakan seperti ingin buang air setiap masa. saya sudah minum air masak tetapi tiada perubahan. boleh saya tahu ubat apa yang saya boleh ambil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, berkemungkinan anda mengalami jangkitan saluran air kencing. Hal ini sangat biasa dialami oleh golongan wanita kerana wanita memiliki saluran buang air kecil yang sangat pendek sekaligus membuatkan mereka lebih senang dijangkiti kuman
Justeru itu, anda haruslah kerap minum air untuk membersihkan saluran air kecil dan mengelakkan pembiakan bakteria. Ia mungkin mengambil sedikit masa dan tidak akan berkesan terus.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Oleh itu, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.