
Sulit
5 tahun
Buasir bengkak dan berdarah
Saya wanita berumur 23 tahun. Saya mengalami masalah buasir. Saya warded selasa haritu untuk kecut kan buasir dan discharge jumaat dan akan ada appointment 20hb untuk rawatan laser. buasir saya masih belum mengecut sepenuhnya dan Dr sudah tolak buasir masuk ke dalam. Malangnya setiap kali selepas membuang air besar, buasir akan terkeluar. Dr menyuruh saya agar masukkan semula bila buasir terkeluar. Saya mengalami kesakitan setiap kali selepas masukkan buasir semula ke dalam. Harini, selepas saya membuang air besar tadi seperti biasa buasir terkeluar dan apabila saya cuba masukkan, darah mengalir dengan banyak. Saya sangat panik. Saya call hospital untuk bercakap dengan Dr tapi malangnye Dr off day dan akan available pagi Rabu. Nurse just cakap makan ubat seperti biasa atau boleh pergi ke klinik berdekatan, kemudian datang semula pagi Rabu. Perlukah saya pergi ke hospital lain atau saya boleh tenangkan diri di rumah dan berehat tunggu sehingga rabu bila Dr available.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anda boleh tunggu sehingga hari Rabu untuk berjumpa dengan doktor. Sekiranya anda mengalami pendarahan yang sangat banyak sehingga anda mempunyai simptom-simptom sesak nafas, pengsan dan pucat, anda digalakkan untuk terus ke hospital lain kerana kehilangan darah yang terlampau boleh membahayakan kesihatan anda.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.