khairiyusoffcoc
4 tahun
Buasir Berdarah dan benjolan di dubur
Salam Sejahtera. sy mengalami masalah buasir berdarah dan benjolan terkeluar di bahagian dubur… saya ingin bertanya… antara pembedahan atau sekadar makan ubat untuk sembuh lebih baik untuk buasir… kerana saya ada bertanya beberapa orang dan mereka mengatakan bahawa lebih baik untuk mengelak daripada melakukan pembedan buasir kerana bahagaian tersebut akan menjadi longgar… adakah pembedahan buasir mempunyai kesan sampaingan… dan berapakah angaran kos untus pembedahan buasir. mohon pencerahan… terima kasih.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berkenaan dengan masalah buasir anda, keperluan pembedahan adalah bergantung kepada tahap keseriusan masalah buasir anda. Sesetengah kes yang tidak dibuang dengan pembedahan boleh menyebabkan komplikasi lebih buruk seperti jangkitan, pendarahan dan kesakitan yang berpanjangan. Pembedahan membuang buasir merupakan perosedur pembedahan kecil dan adalah prosedur yang selamat. Setiap prosedur pembedahan akan ada kesan sampingan, namun jika pembedahan diperlukan untuk membuang buasir, semestinya kemungkinan komplikasi adalah lebih ringan jika dibandingkan dengan komplikasi jika tidak dibedah.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.