Sulit
3 tahun
Buasir Dalaman Tetapi Tidak Berdarah
Saya seorang wanita berusia 21 tahun & sudah berkahwin. saya mempunyai masalah buasir dalaman sejak 17 tahun. jika saya hamil, adakah buasir ini boleh menjadi lebih teruk? bolehkah buasir ini mengakibatkan penyakit yang parah jika dibiarkan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, gejala buasir ini adalah amat berkait dengan kehamilan kerana proses kelahiran bayi adalah melibatkan aktiviti meneran yang boleh menyebabkan masalah buasir anda menjadi lebih teruk dan bermasalah. Oleh itu, kami sarankan anda untuk mendapatkan rawatan bagi masalah buasir anda terlebih dahulu sebelum merancang kehamilan bagi mengelakkan komplikasi yang tidak diinginkan serta mendapat kehamilan yang lancar.
Penyakit buasir yang dibiarkan akan menyebabkan beberapa penyakit atau komplikasi seperti:
- Salur darah tersekat pada kawasan dubur atau buasir tersebut, sehingga menyebabkan usus mati dan menyebabkan kesakitan yang teramat.
- Pendarahan yang tidak terkawal sehingga menyebabkan penyakti kurang sel darah merah (Anemia).
- Darah beku terhasil
- Jangkitan kuman pada kawasan buasir atau dubur yang boleh menyebabkan penghasilan kantung cecair (Abscess)
- Gejala fisur anal.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Dapatkan khidmat kepakaran doktor gastroenterologi untuk menyelesaikan masalah buasir anda hari ini.