
Sulit
5 tahun
Buasir dan lubung dubur gatal
Sy wanita 32thun…baru bersalin anak ke3 bulan feb lepas dan menghidapi buasir yg teruk. Selepas sebulan buasir masih ada dan sebesar jari kelingking dan lubang dubur sy mengalami gatal yang terlampau terutama waktu malam… sy telah sapu ubat dan makan daflon 1000mg
tp tidak berkesan… apa ubat lg yg boleh sy cuba utk hilangkan gatal2 tersebut…sebab ianya mengganggu aktiviti dan kualiti tidur sy… dan menyebabkan sy rasa letih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.Secara amnya terdapat beberapa petua yang boleh digunakan untuk mengurangkan gejala gejala yang timbul akibat buasir.antaranya ialah:
- Cuba jangan duduk berjam-jam seketika
- Masukkan jeli petroleum hanya di dalam dubur untuk membuat pergerakan buang air besar kurang menyakitkan.
- Untuk membantu mengurangkan bengkak dan kerengsaan mempertimbangkan menggunakan krim steroid “over-the-counter” untuk kulit (bukan di dalam anus - di luar sahaja) dan pek sejuk . Anda mungkin mencuba krim haemorrhoid lain untuk melegakan gatal-gatal.
- Mandi selalu untuk menjaga kawasan dubur bersih
Adalah amat disarankan untuk berunding dengan doktorsebelum mengambil suplemen dan ubat untuk mengatasi masalah ini supaya rawatan yang efektif telah diberikan.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.