
lily_acua
6 tahun
Buasir dari 3rd trimester
Salam , saya baru lepas bersalin normal 5 hari lepas. Saya sekarang risau tentang buasir yg tiba-tiba terjadi semasa trimester ketiga dan berlarutan hingga lepas bersalin. Apakah rawatan yang saya perlu lakukan sekarang? Saya tak nak biar je tanpa berubat. Setakat ini selepas 5 hari bersalin , saya dah 3kali buang air besar.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, buasir adalah salah satu masalah yang biasa dihadapi oleh wanita ketika mengandung.
Untuk merawat buasir yang puan alami, ia adalah bergantung kepada tahap keseriusan buasir tersebut. Oleh itu, kami memerlukan maklumat lanjut daripada puan sebelum rawatan yang sesuai boleh disarankan. Antara rawatan yang boleh didapati adalah seperti krim hydrocortisone dan juga krim atau ubat tahan sakit. Bagi buasir yang lebih serius, pembedahan kecil membuangnya mungkin diperlukan.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!