
Sulit
4 tahun
Buasir & Lignocaine Gel
Hai Doktor, saya pesakit buasir tahap 2. Biasanya selepas saya buang air besar saya perlu tolak masuk sendiri anus.
Saya tak ada masalah tentang itu dan saya boleh masukkan dengan baik. Saya tolak dan masukkan dengan bantuan ubat lignocaine gel. Saya sapu dibahagian anus dalam kuantiti yang sedikit, hanya lebih kurang dua picit dan kemudian tolak kedalam.
Soalan saya adalah berkaitan penggunaan lignocaine gel tersebut. Adakah selamat saya gunakan gel tersebut setiap hari dalam tempoh yang lama? Saya dah gunakan lignocaine gel hampir 4-5 tahun setiap hari ( tiap kali buang air besar ). Atau doktor ada cadangan ubat lain yag lebih murah dan jimat seperti lubricant gel yg biasa digunakan untuk aktiviti seksual.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda,gel ini adalah merupakan krim yang boleh digunakan di bahagian luar. Justeru anda boleh menyapukan di bahagian yang terasa sakit ataupun sedikit sehingga ke mukosa. Jika anda mengalami sebarang kesan sampingan daripada penggunaan ubat ini,maka anda perlu berhenti menggunakannya dan dapatakan pemeriksaan doktor.
Namun begitu, untuk mendapatkan rawatan yang sesuai, kami memerlukan lebih banyak maklumat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor agar pemeriksaan dapat dilakukan terlebih dahulu. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan . Terima kasih.