
Sulit
5 tahun
Buasir sedikit berdarah
Saya wanita berusia awal 40-an menderita buasir sejak 10 tahun yang lepas. Sy diserang buasir setiap kali lepas bersalin(3x) dan baru-baru ini secara tiba-tiba (akibat diarrhea). Saya dah berjumpa dengan doctor namun appointment yang diberi masih terlalu jauh.
Soalan saya: Adakah perlu saya segera berjumpa dengan doktor jika setiap kali selepas buang air kecil, buasir itu sedikit berdarah (ada titisan darah)?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah buasir ini perlu dilihat akan peringkatnya. Antara langkah-langkah yang boleh diambil anda bagi mengurangkan masalah buasir ini adalah:
- Makan sayur-sayuran dan makanan berserat banyak
- Perbanyakkan minum air kosong
- Tidak meneran dengan kuat ketika membuang air besar
- Seeloknya menggunakan tandas cangkung untuk membuang air besar
- Memastikan kebersihan pada kawasan dubur agar tidak dijangkiti kuman
- Tidak mengambil ubat yang boleh mencairkan darah seperti aspirin
Anda dikehendaki berjumpa dengan doktor segera sekiranya mengalami komplikasi seperti:
- Pendarahan yang sukar dikawal
- Merasakan ketulan buasir di luar dubur yang sukar ditolak masuk
- Jangkitan pada buasir - gejala seperti demam, kegatalan dan kesakitan pada kawasan dubur
Selain itu, anda juga boleh mendapatkan ubat bagi melegakan kesakitan atau kegatalan pada kawasan dubur anda akibat buasir ini. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.