
iezulmat11
5 tahun
Buasir sesak nafas dan batuk kalau beberapa hari tak buang air
Saya lelaki 30…bolehkah doctor jelaskan apekah penyakit yang saya hadapi sekarang buang air besar kadang berwarna coklat dan hanya keluar lendir dn darah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
● Buasir
● Pendarahan akibat luka
pada dubur biasanya akibat sembelit atau cirit birit yang kerap
● Pendarahan dari usus besar akibat masalah seperti radang usus
● Rectal ulser
● Masalah pendarahan
● Kanser usus
Informasi yang tuan berikan tidak mencukupi untuk mendapat diagnosis yang tepat. Kami sarankan tuan untuk pergi ke klinik atau hospital terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan yang lebih lanjut.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini denganlebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaanadalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi andaakan kami jaga. Terima kasih.