
Sulit
3 tahun
Buasir sesak nafas uluran
Saya lelaki 30tahun menhidap sesak nafas waktu malam. Bile tak buang air besar… Terasa leguh2 sendi dan kaki terasa sejuk… Nk telang air liul pun ssh… Tpi bile buang air besar time tu… Mesti najis itu keras dan berwarna hitam atau coklat najis yang keluar sikit je sy terpaksa kene masukkan jari ke kedalam lubang dubur… Saya ade buasir luar… Dalam tak pasti… Sbb doctor nk cek sy malu sy tak bagi

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah sesak nafas boleh disebabkan oleh:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dan melakukan pemeriksaan fizikal. Anda tidak perlu malu ketika doktor membuat pemeriksaan kerana mereka adalah golongan profesional yang sudah melakukan banyak pemeriksaan fizikal terhadap pesakit lain yang mempunyai masalah yang sama. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.