
Sulit
3 tahun
Buat seks ketika hami
Hye doc… sekarang ni saya hamil untuk trimester pertama,5 minggu…ini adalah kehamilan saya yang kedua…selepas saya buat proses D&C cuci janin pada awal januari tahun ini…doc sahkan janin saya yang sebelum ini tiada denyutan jantung…boleh ke kehamilan kali ni kami buat seks walaupun ianya tidak melakukan aksi yang ganas…tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan yang diberi, kami memahami anda ingin melakukan hubungan intim bersama suami ketika dalam kandungan pada trimester yang pertama.
Untuk makluman anda, janin ketika trimester pertama telah disalutkan dengan salutan kantung ketuban yang dijadikan perlindungan kepada janin tersebut. Melakukan hubungan seks ketika mengandung secara amnya, adalah selamat. Namun, anda dinasihatkan untuk melakukannya dengan pergerakan yang tidak ganas dan melakukan posisi-posisi yang boleh mempengaruhi kehamilan anda .
Namun, terdapat beberap sebab anda harus untuk mengelak melakukan seks ketika hamil iaitu:
- Pernah gugur janin
- Pernah mengalami bayi kurang bulan
- Mempunyai servix yang mudah terbuka
- Placenta previa ( Plasenta terhasil di kawasan serviks)
- Pemecahan kantung ketuban yang pramatang (PROM)
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui maklumat lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.