
Sulit
3 tahun
Budak batuk nafas laju
anak saya batuk kahak dan nafas laju , macam mana cara nak legakannya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui keterangan diatas, anak anda mengalami masalah batuk kahak dan nafas laju. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala-gejala seperti ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Alahan pada saluran pernafasan
- Inflamasi & iritasi tekak
- Jangkitan virus/bakteria
- Serangan asma
Namun gejala ini juga boleh berlaku akibat kondisi yang serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut daripada doktor seperti:
- Jangkitan Tuberkulosis
- Jangkitan Pertusis (batuk kokol)
- Radang paru-paru
- Bronkiektasis
- Serangan jantung
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut
Kami berharap penerangan ini dapat membantu. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor