Sulit
4 tahun
Buka implan seawalnya
Saya wanita 20 tahun . Saya pakai implan sejak tahun 2019 . Melahirkan anak pertama secara czer . Dari pakai implan smpai ke hari ini saya belum datang haid . Boleh ke saya buka implan seawalnya atau kena tunggu 3tahun nanti ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Jika anda ingin membuka implan, sebaiknya anda berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu dan menerangkan permaslahan anda agar jalan terbaik dapat ditemukan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

































