Sulit
3 tahun
Bulan kedua pasang IUD tak datang period
I’m 25y.o. I dont get period after 2 month wearing Copper IUD. My pregnancy taste kit negative.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini merupakan kesan sampingan yang biasa berlaku terutama sekali jika puan menggunakan IUCD yang mengandungi hormon progestin. Kebiasaannya masalah ini akan berlarutan sehingga 3-6 bulan selepas menggunakan IUCD. selepas tempoh tersebut, anda boleh menjangka bahawa kitaran haid anda akan kembali seperti normal.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor terutama sekali jika masalah ini berlarutan.
Antara punca lain tidak datang haid adalah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.