
akia93.ma
5 tahun
Bulu roma bdan dan kaki
Hi doktor, saya kini berusia 27 tahun, mungkin faktor genetik saya yang membuatkan bula yang lebat pada tubuh badan. Saya pernah mencuba kaedah waxing tapi kesan nya bulu semakin lebat dan panjang. saya ingin bertanya, selain kaedah waxing dan juga laser, ada cara lain yang boleh mengurangkan atau menghentikan pertumbuhan bulu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat banyak cara untuk membuang bulu pada badan. Antaranya:
Electrolysis- prosedur ini mampu membuang bulu badan dengan kekal. Namun, beberapa lawatan susulan selepas prosedur diperlukan untuk hasil yang memuaskan.
Laser- kaedah ini tidak menjanjikan hasil yang kekal namun dapat menghentikan pertumbuhan bulu dengan lebih lama. Selain itu, bulu yang tumbuh selepas prosedur laser lebih halus.
Cream (eflornithine)- berfungsi menghentikan enzim yang merangsang pertumbuhan bulu. Kesan mungkin boleh bertahan untuk 8 minggu.
Chemical depilation- Melemahkan protein keratin pada sel rambut seterusnya menyebabkan bulu rapuh dan senang tertanggal. Kesan mungkin hanya bertahan untuk 2 minggu.
Jawapan yang kami beri ini adalah keterangan am tentang soalan anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami untu mendapatkan maklumat lanjut. Anda disarankan untuk berbincang dengan doktor sebelum melakukan apa-apa prosedur.