
Sulit
4 tahun
C/o loss of appetite , mual / rasa nak muntah
Assalamualaikum doctor , saya izzaty berumur 25tahun . Sudah berkahwin . Saya mengalami
hilang selera makan
setiap kali makan mesti rasa nak muntah / perut sentiasa penuh mcm makan banyak (padahal isi perut untuk elakkan masuk angin)
perut sakit mencucuk di bahagian kiri dan kanan
pernah buat pregnancy test (negative)
apa yang saya makan asyik nak muntah tk tentu pasal mcm ada menda nk kluar .
Saya takde buat apa apa check up dengan doctor . Saya pernah tk makan langsung 2hari sebab tktahan asyik nk muntah dan mual tiap kali makan . Tp paksa juga alas perut . Mohon pencerahan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah mual yang anda hadapi. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai penyebab kepada masalah ini. Ianya berkemungkinan berpunca daripada perkara seperti:
- Masalah hempedu
- Keracunan makanan
- Ulser perut
- Terlebih makan melebihi kemampuan
- Reaksi kepada sesetengah bau seperti bau busuk sampah
- Serangan jantung
- Konkusi atau kecederaan otak
- Ketumbuhan otak
- Kanser
- Bulimia atau masalah psikologi yang lain
- Gastroparesis
- Pengambilan toksin atau alkohol secara berlebihan
- Usus tersumbat
- Radang appendiks
- Kesan sampingan beberapa jenis ubat-Ini termasuk ubat kemoterapi
- Rasa terlalu sakit sehingga mual
- tekanan emosi
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Berkenaan dengan ujian kehamilan, anda disarankan untuk mengulangi ujian kehamilan setelah 2 minggu anda lewat haid ataupun anda disarankan untuk langsung berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut demi kepastian.
Jika anda mempunyai keraguan atau pertanyaan tambahan, anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih