
Anonymous
5 tahun
Cairan coklat dari vagina
sy usia 27… sy keguguran 6/7… sy tak jumpa doc… slpas 2 mggu sy demam on off… darah haid mggu pertama kurang… mggu kedua darah keluar sgt byk selama seminggu… perot sakit… minggu ketiga darah henti… tapi bila saya test upt masih positif… skng sll keluar cairan coklat cair dr vagina sy… adakah itu normal atau sebaliknya doc?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Pendarahan dari keguguran - ia mungkin mengambil hingga 4 minggu untuk habis dan keputusan UPT selalunya akan positif untuk 1-2 minggu selepas tamat pendarahan kerana hormon kehamilan masih belum tamat lagi
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pendarahan akibat jangkitan dalam pelvis
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.