Sulit
4 tahun
Cairan Coklat Keluar Dari Faraj Saya
Hi, saya berumur 20 tahun. Baru-baru ini saya baru sahaja kena haid. Namun selepas 1-2 minggu begitu, terdapat cairan coklat keluar dari faraj saya. Untuk pengetahuan yang lebih lanjut, haid saya masih tidak teratur. Saya bimbang apabila ibu saya mengatakan bahawa saya bakal menopause.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala cecair berwarna coklat yang keluar dari faraj anda serta haid yang tidak teratur boleh disebabkan:
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi - ovulasi terjadi 1-2 minggu selepas hari haid pertama
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus - hanya pada orang tua dan jarang pada orang muda
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.