
fafad_kid
4 tahun
Cairan coklat semasa waktu subur
Saya berumur 27 tahun dan belum berkahwin, saya dapati bulan lepas dan bulan ini ada cairan coklat yang keluar betul-betul sebelum waktu ovulation saya yg menurut kalendar period saya. Sedangkan sebelum ni jarang keluar cairan coklat bukan pada waktu period saya. Apakah maksudnya ya Dr? Adakah bahaya Dr? Terima kasih.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Biasanya spotting atau cairan coklat yang keluar sebelum ovulasi adalah normal. Ia merupakan keputihan fisiologi atau lendiran yang keluar akobat kitaran haid normal atau proses ovulasi itu sendiri.
Sebab lain spotting adalah:
- Pendarahan implantasi kehamilan
Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Perimenopaus
Tisu endometrium
Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk maklumat lanjut tentang perkara ini, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk konsultasi dengan doktor bertauliah kami secara peribadi. Terima kasih.