
Sulit
4 tahun
Cairan keluar dari alat sulit baby berusia sebulan
Anak saya berusia sebulan seminggu. Sy mendapati ada cairan keluar dari alat sulit anak saya seperti warna nanah. Anak saya perempuan. Kenapa begitu ya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh terjadi oleh disebabkan tahap hormon yang tinggi ketika ibu mengandung. Hal ini menyebabkan hormon ini melepasi uri dan sampai ke bayi.
Hormon ini boleh menyebabkan gejala seperti
Discaj keluar dari kemaluan bayi- ianya seakan-akan darah haid atau berwarna kelabu-putih, kuning dan pekat
Pertumbuhan puting
Labia atau clitoris nampak bengkak
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor kerana maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.