Hasna

5 tahun

Cairan keputihan, darah haid keluar hitam bersama lendir

Salam sejahtera…
Sy baru2 ni Ada terbaca tentang warna2 cairan keputihan yg keluar dr faraj…
Sy sdh buat BTL Dan anak sdh pun berusia 1 thn 8 bln…
Hair sy teratur tetapi agak lama untuk berada dlm tempoh yg bersih…coz pada akhir2 haid darah yg keluar adalah kaler merah hitam beserta dengan lendir…keadaan ini Akan berlangsung selamat 5 Hingga 7 Hari…
Adakah ini normal…

Dr Ilias,

5 tahun

Salam sejahtera. Terima kasih di atas soalan anda.

Bagi sesetengah wanita, keputihan adalah perkara yang sangat biasa. Namun, untuk sesetengah wanita yang lain, ramai yang tidak mempunyai kesedaran tentang risiko dan komplikasi masalah keputihan yang berpenyakit.

Masalah keputihan juga kadang-kadang menjadi punca kitaran haid yang tidak teratur. Antara faktor-faktor penyakit keputihan ialah faktor kebersihan. Ini adalah disebabkan kelembapan pada bahagian faraj yang menggalakkan pertumbuhan jangkitan bakteria, kulat atau parasit. Oleh itu, para wanita digalakkan untuk mencuci bahagian faraj selepas membuang air kecil dan hubungan intim dan pastikan kawasan tersebut kering selepas mencuci.

Ketidakseimbangan hormon juga boleh menyumbang kepada masalah kitaran haid yang tidak teratur dan masalah keputihan. Antara sebabnya adalah penghasilan hormon oestrogen yang meningkatkan hasil lendiran sekaligus memudahkan pembiakan kulat pada dinding faraj. Selain itu, penggunaan ubat antibitoik dan steroid untuk tempoh masa yang lama akan menyebabkan bakteria baik pada dinding faraj mati dan ini mengundang pertumbuhan organisma patogen.

Saya sarankan anda bertemu dengan doktor untuk merawat jangkitan keputihan serta masalah haid tidak teratur. Anda juga perlu memastikan pasangan anda juga diuji untuk mengelakkan masalah ini berulang.

Salam sejahtera.

Keputihan faraj, atau leukorrhea, merupakan salah satu kondisi yang paling biasa dalam kalangan warga wanita. Terdapat pelbagai jenis penyakit yang boleh menyebabkan keputihan faraj tetapi anda harus faham bahawa bukan semua faraj adalah disebabkan oleh penyakit. Keputihan yang paling biasa adalah keputihan yang keluar menjelang haid. Lendiran yang keluar mengikut kitaran haid biasanya berwarna putih pucat atau kuning, jernih, tidak berbau dan tidak menyebabkan kegatalan atau kesakitan. Punca-punca yang boleh menyebabkan keputihan faraj sering dibahagikan kepada dua kategori, iaitu penyakit berjangkit dan penyakit bukan berjangkit.

Penyakit berjangkit yang boleh menyebabkan keputihan termasuk jangkitan oleh kuman
• Candidiasis (jangkitan kulat)
• Bacterial vaginosis
• Chlamydia trachomatis
• Neisseria gonorrhea
• Trichomonas vaginalis

Penyakit tidak berjangkit yang boleh menyebabkan keputihan termasuk:
• Haid
• Benda asing di faraj
• Alahan atau alergi
• Cervical ectropion atau pintu rahim yang terbalik
• Cervical polyps, sejenis ketumbuhan di pintu rahim atau rahim

Berdasarkan kenyataan anda di atas, keputihan anda nampaknya merupakan keputihan haid yang biasa sahaja. Darah haid yang keluar boleh terdiri daripada pelbagai warna termasuk merah hitam. Warna dan kondisi lendiran farah serta darah haid boleh berubah mengikut keadaan badan anda.

Jika anda risau tentang keadaan anda, anda boleh berjumpa dengan doktor. Selepas punca keputihan faraj telah dikenal pasti, doktor akan memberi nasihat serta rawatan terbaik untuk anda.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)