
Sulit
3 tahun
Calamine gatal seperti kulit lebih
Saya lelaki berusia 25 tahun. Kerapa kegatalan di alat kelamin. Sy perasan ada bijik2 seperti white head. Mcm lebihan kulit pun ada.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan kulat, virus atau bakteria pada kulit
- Kulit keirng
- Ekzema
- Alahan terhadap bahan kimia
- Penjagaan kawasan kemaluan yang kuran bersih
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.