
SitiAzeera
3 tahun
Cancer maker (CA19-9)
saya wanita berumur 20 tahun. Pada 24/12 saya ada buat full blood test. Kemudian di CA19-9 saya adalah 47.2. Adakah 47.2 itu dalam keadaan yang teruk ya doktor kerana berat badan saya kini semakin menurun dan saya sering rasa letih. Terima kasih.

6 tahun
Hai, selamat sejahtera, terima kasih atas soalan.
Paras normal bagi CA19-9 adalah 0-37 units/ml. Paras bagi CA19-9 anda adalah lebih tinggi daripada biasa. Terdapat banyak keadaan yang boleh menyebabkan paras CA 19-9 lebih tinggi, iaitu:
- Saluran hempedu tersumbat
- Saluran hempedu bengkak
- “Inflammatory bowel disease) atau radang usus”
- Radang pankreas
- Cirrhosis hati
- Masalah paru-paru
Namun begitu, ia juga boleh menjadi tinggi akibat kanser seperti kanser pankreas, usus, perut, saluran hempedu, hati, ovari dan juga hati.
Oleh itu, anda digalakkan untuk mendapatkan pemeriksaan dan ujian lanjut untuk mengenal pasti punca paras CA19-9 anda lebih tinggi dan mendapatkan rawatan yang sepatutnya. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian. Terima kasih.