
Sulit
4 tahun
Cap jari rosak dan cara untuk baik pulih
hai, sy remaja berumur 16 tahun. sy telah mengalami cap jari rosak sejak beumur 12 tahun. ketika buat ic, sy baru tahu yg cap jari sy rosak. segingga skrg cap jari sy masih lagi rosak. adkh cap jari yg rosak boleh di baik pulih dan bagaimana caranya? selain itu,apakah cara yg terbaik utk mengekalkan kelembapan pd kulit?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, walaupun cap jari calar atau melecet akibat kecederaan, ia akan tumbuh atau pulih kembali setelah sebulan. Namun begitu terdapat beberapa keadaan di mana seseorang boleh hilang cap jari selama-lamanya seperti akibat terbakar atau tiada waktu lahir akibat masalah genetik yang jarang. Untuk mengetahui punca masalah anda, pemeriksaan lebih lanjut perlu dilakukan.
Untuk mengekalkan kelembapan kulit anda boleh menggunakan krim pelembap selepas mandi.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.