
Sulit
3 tahun
Cara ambik pil perancang marvelon
Sy baru melahirkan ank 6 bulan lpas, menyusu bdan dan msih tk priod slps bersalin. Saya ada bli pil perancang marvelon kt farmasi. Blh ke sy trus mkan pil tu? Sy confuse. Nak g kk, pkp penuh plk. Cucuk ank lmbt lg.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa anda ingin mengetahui bagaimana untuk mengambil pil perancang kehamilan dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, antara cara-cara pengambilan pil perancang tersebut adalah seperti berikut:
- Pil tersebut perlu diambil setiap hari secara berterusan , termasuk semasa anda datangi haid. (Ini tidak seperti pil gabungan, yang biasanya diambil setiap hari selama tiga minggu, diikuti dengan minggu bebas pil) .
- Pil perancangan mesti diambil secara berterusan, pada masa yang sama setiap hari , bagi keberkesanan maksimum untuk mencegah kehamilan.
- Sekiranya anda lewat ambil pil ini lebih tiga jam , anda tidak akan dilindungi daripada kehamilan. Sekiranya ini berlaku, anda harus menggunakan kaedah penghalang tambahan kontrasepsi, misalnya kondom, untuk dua hari akan datang, sambil terus mengambil pil seperti biasa.
Namun sebelum anda mengambil pil tersebut, penilaian dan sejarah kesihatan anda perlu diketahui dahulu kerana tanpa mendapatkan nasihat daripada doktor dahulu, anda boleh berisiko untuk mengalami komplikasi yang serius.
Oleh itu, anda disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan pandangan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor