
maznahsue
5 tahun
Cara baik untuk cegah kehamilan
Saya berumur 40thn…blhkah sy mengambil pil postinor 2 yang berlanjutan kerana saya memang tidak mahu mengandung lagi.dan apakah kesan sekiranya saya mengambil lebih dr 4 pil dalam tempoh sebulan

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang kebimbangan yang dihadapi. Untuk makluman puan, ubat ini akan berkesan sekiranya diambil dalam masa tidak melebihi 72 jam. Setiap ubat mempunyai kesan sampingannya kalau diambil banyak, anda mungkin akan mengalami masalah seperti loya, muntah, sakit kepala, sakit perut, cirit-birit atau pendarahan yang tidak teratur.
Sekiranya masalah ini memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.