
Sulit
4 tahun
Cara cara gugurkan kandungan 6 bulan
Saya wanita berumur 18 tahun

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kehamilan.
Untuk makluman anda, ianya adalah salah mengikut undang undang Malaysia untuk menggugurkan kandungan tanpa tujuan perubatan. Anda dinasihatkan untuk berbincang dengan ahli keluarga atau orang terdekat anda akan hal ini. Saya yakin akan ada jalan penyelesaian.
Anda sama sekali dilarang menggunakan apa apa kaedah penguguran samada ubatan atau lain lain kerana ia boleh menyebabkan pendarahan dan membahayakan nyawa anda.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.