
Anonymous
5 tahun
Cara doktor mengatasi pesakit yg haid lebih dari 2 minggu
saya mau btnya doktor …sya mpunyai haid yg xteratur …dan 6 may lalu sya dtang haid ada juga xda drh kluar slama 4 hari …hari ke 5 smpai skarg haid sya kluar dgn kadar yg bnyak …ada juga bekuan darah sebesar buah limau …adakah itu bekuan darah disebab sya minum air sejuk dan berais…kdang2 darah sya berwrna merah dan merah kehitaman …

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan haid yang berpanjangan iaitu:
• Dysfunctional uterine bleeding atau perdarahan dari rahim yang terjejas. Kondisi ini merupakan punca yang paling utama untuk perdarahan haid berpanjangan.
• Fibroid, sejenis ketumbuhan otot dari dinding rahim
• Polip di rahim atau di pintu rahim (cervix)
• Endometriosis, sejenis kondisi di mana lapisan dalam dinding rahim yang berada di luar rahim
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih