Sulit
6 tahun
Cara elak hamil dengan pil perancang keluarga?
sy ain, 30 thn. sy ingin merancang utk elak hamil. sy nak tanya, bila ya seseorang itu boleh start makan pil perancang keluarga (bg yg baru berkahwin)? dan ia mengambil berapa lama masa ya untuk ubat itu aktif?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor…
Untuk pengetahuan puan, 1 strip pil perancang mempunyai 21 tablets, di mana ia harus diambil setiap hari. Sebaiknya pil pertama haruslah diambil pada hari pertama anda datang haid bulan tersebut. Pil yang seterusnya haruslah diambil setiap hari pada masa yang sama untuk memastikan keberkesanan pil perancang mengelakkan kehamilan. Kemudian, anda akan berehat selama 7 hari sebelum mulai makan strip baru.
Akan tetapi, secara umum, seorang wanita boleh mula mengambil pil perancang pada bila-bila masa dalam kitaran haid mereka. Walau bagaimanapun, ia boleh mengambil beberapa hari untuk pil untuk menubuhkan kitaran hormon yang konsisten dan efisien menghalang kehamilan. Dengan memulakan pil midcycle, seseorang berisiko kehamilan dan sebaiknya menggunakan kaedah perancang tambahan sehingga mereka mengambil pil itu selama sekurang-kurangnya 7 hari berturut-turut. Untuk lebih berhati-hati, sebaiknya puan menggunakan satu lagi jenis birth control seperti kondom pada bulan pertama mula makan pil perancang.
Untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya mengenai pil perancang, anda amat disarankan untuk merujuk persoalan ini kepada doktor kami. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



































