
Sulit
5 tahun
Cara elak mengandung
Saya umo 24 tahun. Saya nak tanya jika saya bersetubuh dengan suami dan sudah ambil prostinor2. Dan seminggu selepas itu masih juga bersetubuh dan takut mengandung. Adakah perlu mengambil ubat itu lagi?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pengambilan pil perancang kecemasan seperti pil postinor 2 adalah disarankan hanya sekali dalam satu kitaran haid. Anda boleh mengambilnya sekali lagi namun perlu diingatkan bahawa kitaran hormon anda akan terganggu akibat dos pil yang sangat tinggi dalam badan anda. Untuk pencegahan kehamilan yang efektif dan selamat, anda boleh amalkan beberapa kaedah seperti:
- Pemakaian kondom
- Pil perancang
- Suntikan perancang
- Implantasi perancang
- IUCD - sejenis alat yang dimasukkan ke dalam rahim untuk pencegahan kehamilan tanpa kesan menyeluruh hormon dalam badan
Bagi perancangan kehamilan yang lebih selamat, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.