
Sulit
4 tahun
Cara Guna Ezerex Dan Kesan Sampingan Ezerex
Hi Doktor . Bole Ka Guna Ezerex Untuk Supplement Harian Dan Apa Kesan Sampingan Ezerex Untuk Kesihatan ? Adakah Ubat Ezerex Bole Menyebabkan Kegagalan Buah Pinggang Atau Serangan Jantung Kalau Consume Hari2 . saya tadak masalah dengan batin cuma nak jaga saja .
Thank you Doktor

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, fungsi supplemen ini ialah untuk menegangkan zakar dan memastikan ianya bertahan untuk tempoh masa yang agak lama supaya prestasi hubungan seks dapat mencapai tahap memuaskan. Selain itu, ubat ini juga akan menyebabkan golongan yang mempunyai masalah mati pucuk diselesaikan dengan membantu menegakkan serta menegangkan zakar.
Terdapat beberapa kesan sampingan yang boleh diikuti berikutan pengambilan ubat ini, bergantung kepada status kesihatan masing-masing. Kesan sampingan yang boleh diundang ialah seperti:
- Pening kepala
- Sesak nafas
- Rasa panas dalam badan
- Hidung tersumbat dan berair
- Sakit tengkuk
- Sakit pinggang
- Jantung berdegup dengan lebih laju
Oleh sebab perkara-perkara di atas, pengambilan ubat ini haruslah dipertikaikan dengan baik oleh kaum lelaki terlebih dahulu sebelum mengambilnya. Saya sarankan untuk tidak mengambil supplemen ini setiap hari dan hanya mengambil apabila perlu sahaja kerana bimbang terhadap kesan sampingan. Anda dikehendaki memastikan tidak mempunyai sebarang penyakit kronik yang akan menjadi lebih teruk apabila mengambil ubat ini.
Selain daripada supplemen saya sarankan anda untuk:
- Amalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan merokok
- Kawalan penyakit kronik
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.