
Sulit
3 tahun
Cara jangkitan covid19
boleh kah seseorang dijangkiti covid jika bersentuhan atau bersalaman ? sedangkan virus masuk melalui rongga pancaindera.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan anda,
Kami memahami persoalan anda mengenai bolehkah virus covid berjangkit melalui sentuhan dan bersalaman.
Untuk pengetahuan anda, virus ini boleh tersebar dari manusia ke manusia melalui cara berikut:
- Bersin ataupun batuk.
- Rembesan cecair daripada badan seperti hingus.
- Sentuhan seperti bersalaman.
- Sentuhan terhadap barangan seperti tombol pintu yang telah dicemari virus.
Mereka yang telah menyentuh permukaan atau kulit atau kotoran mengandungi virus ini dan kemudiannya tidak mencuci tangan dan menyentuh muka, hidung atau mulut, boleh memindahkan virus ini ke rongga pernafasan mereka. Oleh sebab inilah sentuhan dan bersalaman boleh menularkan virus ini.
Sila rujuk doktor atau hubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut sekiranya terdapat soalan lain yang ingin anda ajukan tentang COVID-19.
Semoga penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini