
Anonymous
5 tahun
Cara kira kitaran haid selepas keguguran
Hai, saya berumur 25 tahun… telah keguguran pada 18/5/2019 dan sampai ke harini saya belum lagi didatangi period… soalan saya, bagaimana cara untuk kira semula kitaran haid setelah keguguran? Terima kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, pada kebanyakan orang, tempoh perdarahan nifas yang normal adalah sekitar 6 minggu. Apabila darah nifas anda telah berhenti, ini bermakna perubahan badan akibat kehamilan, dan bersalin telah selesai dan tubuh badan anda telah kembali kepada kondisi tidak hamil. Pada kondisi ini, tubuh anda telah bersedia kembali ke kondisi sebelum hamil.
Darah yang muncul setelah darah nifas boleh dimulai dihitung sebagai darah haid. Ini bermakna, hari pertama darah haid tersebut muncul adalah hari pertama kitaran haid anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.