
Sulit
4 tahun
Cara makan FEDAC TABLET
Setahu saya,fedac tablet mesti di ambil 3 kali sehari waktu yang sama…Tapi untuk hari ini saya belum mengambil fedac tablet langsung,tapi sinus sangat teruk.Boleh ka saya mengambil fedac tablet sebiji untuk sehari ini sahaja?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk pengetahuan anda, sekiranya anda terlupa untuk mengambil dos pagi, anda perlu mengambil segera ubat tersebut dan mengambil sekali lagi sebelum tidur. Elakkan dari mengambil dua dos pada satu masa. Keesokan harinya, anda boleh meneruskan pengambilannya seperti biasa (3 kali sehari). Disebabkan gejala yang dialami oleh anda mengganggu anda, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang ubat.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Ini hanyalah penerangan kami secara am mengenai masalah yang dialami oleh anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.