
Sulit
5 tahun
Cara makan pil perancang jika period tak teratur
Hi. Period sy til bln dtg tak teratur. Bkn ontime. Kdg sbln 2 kli. Mggu ni dh hbs dtg plk mggu depan. Kdg sehari dtg lpstu selang plk 2,3 hri bry dtg. Kdg sikit kdg byk. Soalan sy. Mcm mna sy nk mkn pil perancang kalo period sy dtg mcm tu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid tidak teratur dan haid berpanjangan ini ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Penggunaan alat IUD
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Bagi pengambilan pil perancang, anda boleh mengambilnya pada bila-bila masa, namun, jika anda ingin mencegah kehamilan, pada satu minggu pertama bersama dengan pasangan, pasangan anda disarankan untuk menggunakan kondom. Teruskan pengambilan pil sehingga habis pek.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelumkesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. jawapan ini ialah keterangan am.Terima kasih.