
Sulit
5 tahun
Cara makan pil perancang regivedon
Saya baru sahaja stop ambil suntikan depo kepada pil perancang. Saya telah mengambil pil perancang regivedon 21 biji. Saya diberitahu selepas habis 21 biji, kena rest selama 7 hari sebelum ambil pek baru. Soalan saya, pek baharu kena ambil pada hari kelapan atau kena tunggu period dahulu baru boleh makan pek baru dan jika period adakah kena tunggu habis period dulu baru boleh mula makan pek baru?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, anda perlu mengambil pek baru pada hari kelapan dan tanpa menunggu haid anda muncul atau habis.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.