
Sulit
4 tahun
Cara makn pil postinor
Salam dn selamat sejahtera…adakan pil postinor akn berkesan jika dos kedua diambil melebihi 12 jam selelas dos pertama…contoh 19 jam selepas dos pertama…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Untuk makluman pihak anda, ubat ini biasanya digunakan untuk mencegah kehamilan kecemasan setelah melakukan hubungan seksual. Ia tidak bermaksud untuk digunakan sebagai alat kontrasepsi biasa. Pil pertama dimakan dalam 72 jam setelah bersama sementara pil kedua dimakan 12 jam setelah anda makan pil pertama. 95% kehamilan yang dijangkakan akan dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, akan menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi. Oleh itu, jika mengambilnya sebelum anda mempunyai seks tanpa perlindungan tidak akan menawarkan perlindungan maksimum ke hadapan kerana sperma boleh hidup sehingga lima hari selepas ejakulasi.
Efek samping yang sering muncul setelah menggunakannya adalah seperti mual, muntah, perdarahan, sakit payudara, sakit kepala, pening, keletihan dan dapat berlangsung sampai dua hari. Oleh kerana ubat ini merupakan ubat kontrasepsi kecemasan sahaja, sebaiknya anda menggunakan amalan seks lain yang selamat seperti kondom, diafragma, dan lain-lain.
Untuk mendapatkan bimbingan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.