
norul_aida85
5 tahun
Cara mengatasi masalah darah tinggi
suami saya berumur 36 tahun mempunyai masalah darah tinggi. bacaan bp nya 150-160/95-110. dia mengambil ubat darah tinggi Amlodipine (10mg) setiap hari namun bacaan bpnya tidak turun ke paras normal. bolehkah doktor cadangkan cara untuk turunkan darah tinggi ini ataupun perlu tukar jenis ubat yang diambil.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, bagi menentukan keperluan menukar ubat darah tinggi, pemantauan terhadap masalah darah tinggi suami puan perlu dilakukan. Selain itu, kami juga perlu menegtahui rutin pemakanan dan aktiviti harian suami puan untuk mendapatkan gambaran lebih jelas.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk suami anda kepada doktor yang selalu memantau paras darah tinggi dan ubatan suami anda atau klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.