
Sulit
5 tahun
Cara menghadapi penyakit kayap ular
Hello , saya berumur 20 tahun , saya sekarang menghidap penyakit kayap sd hampir seminggu saya menghidap penyakit inidi bahagian belakang sblah kiri hingga kedada sblh kiri. Saya ingin bertanya apakah langkah untuk merawat sakit ini dan brpa lama kah penyakit ini akan sembuh

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Penyakit kayap merupakan suatu jangkitan virus yang mengakibatkan ruam yang sakit. Walaupun kayap boleh berlaku di mana-mana bahagian badan, pada kebiasaannya ia akan timbul sebagai ruam yang melilit pada bahagian kiri atau kanan tubuh.Seseorang yang menghidap penyakit kayap boleh menjangkiti orang yang tidak pernah menghidap penyakit cacar dengan virus ‘varicella zoster’. Virus ini mudah disebarkan melalui cecair pada ruam kayap.
Rawatannya ialah antivirus. Namun, ubat ini memerlukan prekripsi doktor. Untuk mendapatkan rawatan yang paling bersesuaian untuk anda, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima
kasih.