
syazwaniziad
5 tahun
Cara merancang kehamilan
Saya wanita umur 27 tahun. Saya ingin merancang kehamilan. Pil perancang apa yang terbaik dan tiada kesan sampingan untuk saya ambil

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman puan, umumnya 1 strip pil perancang mempunyai 21 tablets, di mana ia harus diambil setiap hari. Sebaiknya pil pertama haruslah diambil pada hari pertama anda datang haid bulan tersebut. Pil yang seterusnya haruslah diambil setiap hari pada masa yang sama untuk memastikan keberkesanan pil perancang mengelakkan kehamilan. Kemudian, anda akan berehat selama 7 hari sebelum mulai makan strip baru.
Akan tetapi, secara umum, seorang wanita boleh mula mengambil pil perancang pada bila-bila masa dalam kitaran haid mereka. Walau bagaimanapun, ia boleh mengambil beberapa hari untuk pil untuk menubuhkan kitaran hormon yang konsisten dan efisien menghalang kehamilan. Dengan memulakan pil midcycle, seseorang berisiko kehamilan dan sebaiknya menggunakan kaedah perancang tambahan sehingga mereka mengambil pil itu selama sekurang-kurangnya 7 hari berturut-turut. Untuk lebih berhati-hati, sebaiknya puan menggunakan satu lagi jenis birth control seperti kondom pada bulan pertama mula makan pil perancang.
Kesemua pil atau kaedah perancangan keluarga mempunyai kesan terhadap pengguna. Antara kesan umum adalah sakit kepala, sakit dada, berat naik dan risiko kepada pesakit jantung. Penggunaan pil perancang adalah bergantung kepada jenis, tempoh berapa lama anda tidak mahu hamil, sejarah kesihatan dan toleransi kepada kesan-kesan yang dinyatakan. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang pil perancang, sila klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk mendapatkan penerangan lanjut atau rawatan yang diperlukan atau untuk berhubung dengan farmasi kami.